mutakhir

Tangan 'bayi' dah tiada

Oleh Hadzlihady Hassan

Georgetown: “Tiada lagi tangan ‘bayi’.” Itu luahan spontan seorang kanak-kanak lelaki Muhammad Muqri Mifzal Rhemi Rizal, 8, sejurus menerima set tangan ‘bionik’ di rumahnya di Bukit Jambul di sini, semalam.

Menurutnya, sebelum ini ada rakan mengejeknya mengatakan tangan kirinya yang cacat sebagai tangan bayi dan mereka sering memegang tangan itu.

“Ketika awal persekolahan dulu ada rakan suka mengejek dan bertanyakan keadaan tangan hingga saya geram dan menakutkan mereka dengan menunjukkan tangan ini.

“Namun, kini saya sudah boleh tunjukkan tangan baru ini kepada rakan,” kata anak keempat daripada lima beradik yang belajar di Sekolah Rendah Al-Itqan, Teluk Kumbar di sini.

Muhammad Muqri bercita-cita menjadi ustaz dan imam muda berkata, dia teruja untuk bermain bola bersama rakan kerana sudah mampu memegang dan membaling bola seperti mereka.

Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan Nor Julaina Md Sani, 40, berkata, anaknya itu pernah bertanyakan soalan kepadanya hingga membuatkan dia sebak dan menitiskan air mata.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 31, 2015 @ 5:37am
d