mutakhir

Ajal di meja makan

Oleh Nur Saliawati Salberi

Banting : “Kejadian berlaku sangat pantas apabila tiba-tiba saja pokok berkenaan tumbang lalu menimpa mangsa,” kata saksi yang hanya dikenali sebagai Silvaguru, 40-an, ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, semalam, seorang lelaki berusia 54 tahun maut selepas dihempap sebatang pokok dalam kejadian di sebuah kedai makan berhampiran Pejabat Perhutanan Telok Datok, di sini.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa, P Anbarasan bersama tiga rakannya sedang makan dan cuaca ketika itu hujan diikuti angin kuat sebelum pokok yang berada berdekatan mangsa tumbang.

Silvaguru berkata, dia yang kebetulan baru sampai di kedai berkenaan untuk berjumpa mangsa terkejut apabila mangsa dihempap pokok.

“Pokok tumbang secara tiba-tiba disebabkan angin kuat dan dia tidak sempat menyelamatkan diri. Bagaimanapun, tiga rakannya selamat,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 31, 2015 @ 5:39am
d