mutakhir

Pelekat haram vandalisme

Oleh Iskandar Shah Mohamed

Puchong: “Situ pun nak letak, ke?” Itu antara keluhan orang ramai yang berang dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya menampal pelekat iklan ceti haram atau along pada kemudahan dan infrastruktur awam terutama papan tanda amaran serta petunjuk jalan di sekitar bandar ini.

Sebelum ini, iklan memaparkan pinjaman berlesen berserta nombor telefon itu kebiasaannya akan digantung dalam bentuk poster atau kain rentang yang digayutkan di lokasi tertentu terutama kawasan tumpuan umum termasuk taman perumahan.

Namun, pihak berkenaan diibaratkan seperti sudah kehabisan idea dan hanya menggunakan cara lebih mudah untuk mencari ‘sasaran’ mereka apabila menggunakan pelekat kecil atau sederhana yang ditampal dalam kuantiti banyak.

Tinjauan Metro Ahad di Jalan Puchong dan Pusat Bandar Puchong di sini, mendapati selain papan notis pemberitahuan atau petunjuk jalan di lokasi komersial, pelekat itu turut memenuhi kebanyakan papan tanda amaran di jalan raya termasuk kawasan berselekoh.

Keadaan itu ternyata bukan hanya menimbulkan kesulitan kepada masyarakat untuk mengenal pasti tanda atau tulisan tertera pada papan itu, malah membahayakan nyawa pengguna jalan raya dan mengakibatkan berlaku kemalangan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 1, 2015 @ 5:09am
d