mutakhir

Kad tak kebal

Oleh Iskandar Shah Mohamed

Kuala Lumpur: “Tanggapan segelintir pihak bahawa kad itu ‘kebal’ untuk warga asing perlu dikikis kerana tujuan kami lebih kepada mahu membantu mengawal selia pergerakan dan menyelesaikan masalah dihadapi golongan berkenaan,” kata Presiden Pusat Perkhidmatan dan Kaunseling Pekerja Asing (PPKPA) Amir Ibrahim.

Semalam, agensi itu meminta kerajaan mengiktiraf ‘Kad Perjasa 1Malaysia’ yang berfungsi merekodkan semua dokumen pengenalan dan data warga asing termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi sistem imbasan atau kod bagi memudahkan pihak berkuasa mendapatkan maklumat lanjut.

Pekerja asing yang berdaftar dengan PPKPA akan menerima kad itu bagi membolehkan mereka mendapat khidmat kaunseling, guaman dalam kes perundangan, perlindungan insurans 24 jam, kaedah pembayaran gaji melalui bank, pemeriksaan perubatan tahunan, tabung kebajikan pekerja dan penganjuran program amal.

Menurut Amir, objektif utama penubuhan pusat itu bertujuan memberi khidmat nasihat dan perlindungan bagi warga asing yang ditimpa musibah ketika berada atau bekerja di negara ini termasuk dengan memperkenalkan kad berkenaan sejak tiga tahun lalu.

“Sepanjang tahun lalu, kami menerima 600 aduan rata-ratanya membabitkan kes penganiayaan, ditindas dan ditipu majikan atau ejen. Namun, kami berjaya menyelesaikan sebahagian besar daripada kes berkenaan dengan kerjasama kementerian dan agensi penguat kuasa berkaitan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 1, 2015 @ 5:21am
d