mutakhir

Mayat harum dalam plastik

Oleh Zulfa Mohamad

Tasek Gelugor: ‘Assalamualaikum...nama saya Farouk’...saya Muslim mau sembahyang dulu, terima kasih!” itu tulisan tertera pada pita pelekat digunakan untuk mengikat plastik hitam mengandungi mayat dipercayai warga asing yang ditemui berhampiran ladang sawit di Kubang Menerong, dekat sini, semalam.

Mayat berkenaan ditemui kira-kira jam 3 petang oleh penduduk ketika meninjau kebunnya yang terletak bersebelahan dengan ladang sawit berkenaan.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia percaya mayat berbungkus plastik hitam itu dibuang pada waktu siang kerana tidak melihatnya ketika melalui kawasan itu jam 9 pagi.

“Mulanya saya sangka plastik hitam berkenaan mengandungi sampah, namun selepas diamati, ia mayat manusia diikat dengan pita putih tertera perkataan.

“Saya memaklumkan penemuan itu kepada penduduk yang menghubungi polis,” katanya.

Katanya, dia percaya mayat berkenaan warga asing kerana ramai warga Bangladesh dan Vietnam bekerja di beberapa kilang berhampiran kampung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 2, 2015 @ 6:25am
d