mutakhir

Gempur 'jerung besar'

Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) mula menggempur ‘jerung besar’ bagi memastikan tiada pengilang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dijual kepada pembekal.

Ini dibuktikan apabila sebanyak 158,789 premis termasuk syarikat pengilang besar digempur pihak KPDNKK dalam Operasi Antipencatutan (Ops Catut) di seluruh negara sejak 15 Januari lalu.

Ketua Pengarah Penguatkuasaan KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin berkata, operasi Ops Catut itu tidak hanya disasarkan kepada pekedai kecil malah turut dilakukan terhadap pengilang yang cuba mengaut keuntungan melampau dan tidak munasabah.

Menurutnya, operasi Ops Catut itu tertumpu kepada semua peringkat perniagaan iaitu pengeluar, pengedar, pengimport, pemborong dan peruncit.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, sebanyak RM128,317 kompaun dikeluarkan kepada peniaga yang gagal meletakkan tanda harga terhadap barangan yang dijual selain kesalahan mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972.

“Setakat ini sebanyak RM212,718 nilai barangan dirampas selepas didapati melanggar peraturan mengikut bidang kuasa KPDNKK meliputi 998 kes,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 6, 2015 @ 8:31am
d