mutakhir

Radicare bantu baik pulih masjid

Gua Musang: Misi Bantuan Banjir Pantai Timur anjuran Radicare (M) Sdn Bhd baru-baru ini mendapat pujian penduduk setempat selepas mengubah rupa Masjid Al-Hilal, Sungai Terah dan Klinik Kesihatan Aring I yang rosak teruk berikutan ditenggelami air Disember lalu.

Kerja baik pulih itu dilakukan dalam tempoh tiga hari diketuai Pengurus Besar Radicare, Ir Zuhairi Yusoff bersama 37 kakitangan.

Menurut Zuhairi, Masjid Al Hilal di Kampung Lembaga, Gua Musang itu ditenggelami air hingga paras bumbung dan merosakkan semua kemudahan asasnya.

“Dengan usaha kakitangan Radicare termasuk pengurus, pengurus operasi dan pemandu, kami bertungkus-lumus membaiki kerosakan, melakukan kerja membasuh serta mengecat semula masjid.

“Kita menggantikan pembesar suara, telekung, sejadah, al-Quran, permaidani dan langsir yang rosak untuk keselesaan jemaah. Semua kerja ini turut dibantu penduduk kampung,” katanya.

Jelas Zuhairi, kerja membaiki dan mencantikkan semula masjid itu berjaya dilakukan dalam tempoh 24 jam.

Disiarkan pada: February 7, 2015 @ 8:28am
d