mutakhir

Cubaan jahat jatuhkan maruah tokoh agama

Kuala Lumpur: “Mereka sengaja ingin menjatuhkan kredibiliti dan maruah agamawan dengan melemparkan pelbagai fitnah tidak berasas dan niat pemilik akaun laman sosial itu semata-mata ingin mencemarkan nama tokoh agama.”

Demikian tegas penceramah bebas, Ustaz Halim Din ketika mengulas berhubung dakwaan seorang pemilik akaun Facebook yang mengaitkan beberapa nama penceramah bebas popular dengan tuduhan menggelapkan wang masjid termasuk kesalahan memukul isteri.

Halim berkata, tindakan pemilik akaun Facebook berkenaan seolah-olah sengaja menjatuhkan maruah beberapa penceramah agama dengan tuduhan yang tidak berasas dan perkara itu sangat biadap.

“Niat pemilik laman sosial itu sangat jelas iaitu ingin mencetuskan pandangan serong dalam kalangan masyarakat terhadap beberapa penceramah agama sekali gus mewujudkan persepsi negatif.

“Mungkin juga pemilik akaun ini mempunyai niat tertentu memandangkan dakwaan itu turut mengaitkan maklumat berhubung dakwaan itu diperoleh daripada pejabat mufti,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 10, 2015 @ 7:50am
d