mutakhir

Koboi berebut awek

Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Akibat berebut wanita, seorang pembantu kedai bertindak ala koboi apabila melepaskan dua das tembakan rambang dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan di sebuah restoran di Jalan Seri Cemerlang, di sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah malam itu, tiada kecederaan dilaporkan berikutan tembakan tersasar sebelum terkena cermin depan sebuah kereta milik orang awam.

Suspek ditahan bersama 11 individu lain termasuk seorang wanita berusia 23 tahun yang menjadi rebutan itu, kurang lima jam selepas kejadian.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, lima suspek ditahan jam 5 pagi semalam di sebuah premis berhampiran manakala tujuh lagi ditahan selepas tampil ke balai polis berhampiran.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku selepas satu kumpulan terdiri lima individu dan satu lagi kumpulan daripada tujuh individu mengadakan perbincangan membabitkan seorang wanita yang memuat naik gambar aksi manjanya di laman sosial Facebook.

“Satu kumpulan dikatakan berang selepas wanita itu memilih untuk bersama kumpulan satu lagi menyebabkan berlaku pertengkaran sehingga suspek melepaskan dua das tembakan yang satu daripada terkena cermin depan Toyota Avanza.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 10, 2015 @ 7:59am
d