mutakhir

Tendangan kung fu tumpas peragut

Oleh Asmah Rusman

Ampang: Seorang remaja perempuan bertindak berani melepaskan tendangan kung fu ke arah peragut sebelum suspek ditahan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.

Dalam kejadian jam 9.50 malam kelmarin, beg tangan mangsa berusia 18 tahun diragut suspek yang menunggang motosikal di Jalan Merdeka, Pekan Ampang di sini.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barangan di kedai dengan menunggang motosikal Yamaha Nouvo LC.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, mangsa menyedari diekori seorang lelaki ketika melalui jalan di hadapan stesen minyak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 11, 2015 @ 8:54am
d