mutakhir

Rantai bongkar rahsia?

Oleh Suzaini Sulaiman

Kuala Selangor: Misteri penemuan dua tengkorak dan cebisan tulang di Ladang Tennamaran, Bestari Jaya, di sini, 29 Januari lalu, memasuki episod baru apabila polis menemui seutas rantai di tempat kejadian, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, rantai itu diikat bersama sebentuk cincin dan loket ditemui pasukan penyiasat ketika membuat siasatan lanjut di lokasi kejadian.

Menurutnya, sehingga kini polis sudah menemui dua utas rantai logam, sebentuk cincin logam dan loket sepanjang siasatan terhadap kes penemuan mayat rentung di kebun kepala sawit itu.

“Penemuan bukti baru itu membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pemiliknya dan berkemungkinan ia milik mangsa.

“Sehingga kini, dua individu masing-masing dari Klang dan Kepong tampil ke balai polis untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk diuji sama ada sepadan atau tidak dengan DNA mangsa,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 11, 2015 @ 10:38am
d