mutakhir

'Tolong, kami sesat atas Bukit Jambul'

Georgetown: “Tolong, kami sesat di atas Bukit Jambul. Kami tidak dapat turun dari bukit ini kerana keadaan gelap dan tidak nampak jalan,” demikian antara kata-kata Noor Hassu Diyana Basir, 27, ketika menghubungi sepupunya, Nurul Azma Nabilah Aizi, 21, selepas tersesat di atas Bukit Jambul, di sini, malam kelmarin.

Selepas menerima panggilan pada jam 8.05 malam itu, Nurul Azma terus menghubungi bomba dan penyelamat bagi menyelamatkan sepupunya itu.

Nurul Azma berkata, Noor Hassu Diana dan tunangnya, Ahmad Tarmizi Norizan, 27, mendaki Bukit Jambul pada jam 6.30 petang, kelmarin, namun dipercayai tidak dapat turun selepas keadaan gelap.

“Ini kali pertama mereka mendaki bukit berkenaan selepas tertarik dengan cerita rakan yang menyatakan boleh melihat pemandangan menarik dari atas Bukit Jambul.

“Malah, tempat itu juga sesuai untuk aktiviti riadah menyebabkan ia menjadi tarikan ramai,” katanya ketika ditemui di kaki bukit berkenaan, malam kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 12, 2015 @ 7:40am
d