mutakhir

10 tonto tertipu

Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Biarpun dikawal lebih 10 tonto selain diawasi kamera litar tertutup (CCTV) namun kecekapan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya menembusi ‘kubu’ kuat sindiket menjual produk tiruan.

Dalam serbuan jam 1 petang semalam, enam premis menjual pelbagai barangan tiruan jenama terkenal di sebuah bangunan di Chow Kit di sini, berjaya dibolosi pihak KPDNKK Kuala Lumpur.

Kawalan di bangunan itu dianggap amat ketat apabila beberapa tonto lengkap dengan alat komunikasi walkie talkie dilihat berkeliaran di luar bangunan.

Bagaimanapun, 18 anggota dan pegawai KPDNKK berjaya menyusup masuk tanya disedari kumpulan tonto.

Kebanyakan pemilik dan pekerja premis terbabit hanya tergamam sebaik menyedari ‘pelanggan’ yang memasuki premis mereka adalah penguat kuasa KPDNKK.

Timbalan Ketua Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur Rosli Ahmad berkata, antara jenama beg tiruan yang berjaya dirampas adalah Bonia, Carlo Rino dan Sembonia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 12, 2015 @ 7:46am
d