mutakhir

Dua isteri dagang dadah

Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Komplot jenayah terancang apabila seorang pengedar dadah dikesan menggunakan khidmat dua isterinya untuk menghantar dan menjual dadah kepada penuntut warga asing institut pengajian tinggi swasta (IPTS) sekitar ibu negara.

Suspek berusia 39 tahun itu berjaya memujuk isterinya masing-masing berusia 21 tahun untuk menjadi ‘orang tengah’ menjual ganja untuk hidup mewah.

Kegiatan pasangan suami isteri itu bagaimanapun terbongkar apabila mereka ditahan polis dalam dua serbuan berasingan Isnin lalu sebelum polis merampas ganja seberat empat kilogram.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Mohd Azlee Abdullah berkata, operasi dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields diketuai Deputi Superintendan Jasmirol Jamaluddin.

Menurutnya, serbuan pertama dilakukan jam 7.30 malam Isnin lalu di sebuah kondominium di Jalan Puchong di sini.

“Hasil serbuan itu, polis berjaya menahan seorang wanita berusia 21 tahun dan merampas dadah ganja seberat tiga kilogram.

“Suspek kemudian membawa polis ke kawasan tempat letak kereta di Taman OUG Parklane, Jalan Klang Lama di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 12, 2015 @ 8:02am
d