mutakhir

Khilaf beri 'belas kasihan'

Oleh Murni Wan Omar

Kuala Lumpur: Mahkamah Persekutuan berpendapat bahawa Mahkamah Rayuan hanya terkhilaf apabila memberi ‘belas kasihan’ dalam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata demikian di dalam penghakiman penuh setebal 116 muka surat terhadap rayuan Anwar untuk mengetepikan sabitan dan hukuman atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 30.

Sebelum ini, rumusan penghakiman sudah dibacakan oleh Hakim Arifin yang mengetuai panel lima hakim apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan.

Dalam penghakiman itu, Hakim Arifin berkata, Mahkamah Persekutuan berpendapat demikian selepas mengambil kira tahap keseriusan pertuduhan itu dan fakta bahawa perayu (Anwar) mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai majikan kepada mangsa yang muda.

“Perayu dan pihak pendakwaan memfailkan permohonan berhubung hukuman. Peguam mewakili perayu mengemukakan hujah bahawa hukuman ringan wajar diberikan kepada anak guamnya dengan mengambil kira dia bukan individu biasa tetapi yang banyak berjasa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 14, 2015 @ 5:32am
d