mutakhir

Bendera tidak gemilang

Oleh Ainul Fatihah Mansor

Putrajaya: Niat asal mahu serlah semangat patriotik, bagaimanapun tindakan segelintir masyarakat tidak menggantikan Jalur Gemilang dengan membiarkannya lusuh serta kotor mencacatkan pemandangan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini.

Lebih menyedihkan, ada bendera yang kebanyakan dipasang di kawasan perumahan dan tempat awam itu sudah bergulung dan tidak berkibar lagi.

Tinjauan Metro Ahad di beberapa lokasi termasuk Presint 8 dan 9, mendapati walaupun sudah koyak, lusuh dan kotor, tiada pihak sama ada penduduk atau pihak berkenaan mengambil inisiatif untuk mengganti atau membasuh bendera berkenaan.

Guru Mohamad Fauzi, 29 berkata, kemungkinan penduduk atau pihak terbabit memasang bendera itu untuk menunjukkan semangat patriotik dan kecintaan terhadap negara tetapi lupa untuk menjaga atau menukarnya apabila sudah rosak.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga melihat bendera dikibarkan tetapi jika dibiarkan lusuh, bergulung dan rosak, ia akan mencacatkan pemandangan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 15, 2015 @ 5:21am
d