mutakhir

Ajak tutup aurat

Oleh Siti A’isyah Sukaimi

Putrajaya: Ajak orang tutup aurat ikut syarak. Itu usaha dilakukan sukarelawan dakwah yang juga peserta Konvoi Street Dakwah Kempen ‘Cantik Di Mata...’ dalam memberi kesedaran kepada masyarakat Islam supaya menutup aurat dengan sempurna.

Mereka yang terdiri daripada sukarelawan dakwah kumpulan Malaysian’s On Covering Aurah (MOCA) menaiki tujuh kenderaan serta berpecah kepada beberapa kumpulan menuju sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Presiden Islamic Aid Malaysia (IAM) Zawahir Abdullah berkata, program itu anjuran pihaknya serta mendapat kerjasama daripada MOCA dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Sukarelawan dakwah akan bergerak ke tempat tumpuan orang awam dan mereka mengedarkan risalah berkaitan kepentingan menutup aurat mengikut syarak bagi memberi kesedaran kepada muslimin dan muslimat.

“Bukan itu saja, sukarelawan juga mengedarkan stokin dan sarung tangan kepada wanita sebagai galakan menutup aurat,” katanya ketika ditemui pada pelepasan Konvoi Street Dakwah Kempen ‘Cantik Di Mata...’ di Masjid Putra di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 15, 2015 @ 5:26am
d