mutakhir

Amuk baling telur

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: Dengan ‘bersenjatakan’ telur ayam, seorang lelaki berusia 20-an menyerang ibu kandung dan kakaknya hanya kerana enggan memberikan wang kepadanya dalam kejadian di Wangsa Maju, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 10 pagi itu, ibu dan kakak suspek berada di rumah keluarga mereka sebelum lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu pulang ke rumah.

Menurutnya, lelaki itu meminta wang daripada ibunya dan apabila wanita warga emas itu enggan menuruti kehendaknya, lelaki itu mula mengamuk.

“Pada mulanya dia mengugut akan bunuh wanita berusia 63 tahun itu sebelum mula membaling kerusi, pinggan serta makanan ke arah wanita itu.

“Apabila mangsa bersama anak perempuannya berlari keluar dari rumah, suspek bertambah marah sebelum mengejar dan menyerang mereka dengan telur ayam lebih 100 meter,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dan anak perempuannya terpaksa bersembunyi di rumah jiran hingga lelaki itu berhenti mengejar.

Disiarkan pada: February 16, 2015 @ 8:09am
d