mutakhir

Ketagih kopi gajah

Oleh Ibrahim Isa dan Shaiffulazhar Misri

Muar: Mengikuti peredaran zaman dan mengenepikan amalan tradisi karut membolehkan Sai Kee Kopi Serbok Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Kopi 434 bersaing dengan kedai kopi Eropah yang mula diterima penduduk tempatan sejak lebih 10 tahun lalu.

Pengurus Pentadbirannya Kiar Cher Yong berkata, sejak ditubuhkan 61 tahun lalu perniagaan keluarganya itu berdepan pelbagai cabaran yang memerlukan mereka melakukan perubahan.

Katanya, antara cabaran paling besar dihadapi mereka termasuklah kekurangan bekalan biji kopi pada 1980-an apabila kebanyakan pekebun mula menukar tanaman kepada kelapa sawit.

Ketika itu, keluarganya termasuk pengedar kopi lain terpaksa mengimport kopi dari Indonesia, Filipina dan Vietnam selain faktor harga yang lebih murah.

“Lambakan kopi import ini menyebabkan ada pengedar dan peniaga yang menukar kandungan kopi hingga mengelirukan pengguna dan akhirnya ia dikenali sebagai kopi kampung sedangkan ia sebenarnya kopi import.

“Berikutan itu, pada 2000 kami memperkenalkan Kopi Gajah iaitu kopi tempatan tulen untuk membezakan kopi tempatan dan import.

“Pada masa sama, kami berdepan cabaran apabila kafe kopi Eropah banyak dibuka di Malaysia menyebabkan kami terpaksa mengubah peranan daripada hanya sebagai pengeluar kepada penjual,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 16, 2015 @ 8:14am
d