mutakhir

Sun Boy diburu

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Polis kini memburu seorang lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian serangan sehingga menyebabkan orang kanan sebuah kumpulan kongsi gelap maut ditetak di Telok Panglima Garang, Banting, awal pagi 10 Februari lalu.

M Shanmugam atau lebih dikenali sebagai Sun Boy, 31, kini diburu polis selepas lapan individu lain ditahan polis beberapa jam selepas kejadian yang menyebabkan seorang lelaki berusia 35 tahun maut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek yang diburu dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu kini menghilangkan diri dan alamat terakhirnya di No 14, Jalan Dendang 62, Taman Sahabat, Telok Panglima Garang, Banting.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Anuar Hamin di talian 013-291 8584 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya, di sini, semalam.

Menurut Mohd Adnan, susulan kejadian itu, seramai tujuh lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Nepal berusia 19 hingga 34 tahun ditahan untuk siasatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 16, 2015 @ 8:57am
d