mutakhir

Tiga kaki gaduh ditangkap

Oleh Mohd Hasbi Sidek

Klang: Tiga individu dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap yang terbabit dalam insiden pergaduhan di Telok Panglima Garang, Banting, 10 Februari lalu ditahan pihak polis di sekitar daerah itu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, tiga individu berkenaan berusia antara 20 dan 24 tahun ditahan di Taman Sentosa dan Bukit Tinggi.

“Sejak kejadian itu, pihak kami menggandakan operasi dengan mengadakan sekatan jalan raya dan membuat pemeriksaan di premis tempat mereka dipercayai berkumpul serta berhibur.

“Hasil operasi khas itu, polis berjaya menahan tiga individu yang disyaki ahli daripada salah satu kumpulan berkenaan dan seorang daripada mereka juga turut disaman kerana tiada lesen memandu ketika menghadiri majlis pengebumian jenazah ahli kumpulan kongsi gelap itu,” katanya.

Menurutnya, selain tangkapan tiga suspek itu pihaknya juga merampas beberapa artikel yang berkaitan kongsi gelap seperti kain rentang yang dipercayai terbabit dalam aktiviti jenayah samseng.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 18, 2015 @ 7:26am
d