mutakhir

11 'gengster' diberkas

Oleh Ahmad Saufi Mansor dan Omar Osman

Sungai Petani: Polis berjaya menahan 11 individu dipercayai mempunyai kaitan dengan empat kumpulan kongsi gelap yang bergerak aktif di utara tanah air sepanjang penguatkuasaan Ops Cantas Khas Utara selama dua minggu bermula sejak 25 Januari lalu.

Dalam operasi sama, pasukan polis turut menahan seramai 2,814 individu dengan 1,302 daripada mereka adalah warga asing kerana disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh semalam berkata, semua 11 individu yang ditahan berkenaan disyaki terbabit dalam kegiatan gangsterisme dengan menganggotai kumpulan kongsi gelap 04, 36, 18 dan 24.

Katanya, pada operasi sama, pihaknya juga merampas 44 keping kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR) disahkan palsu milik warga Myanmar dan dipercayai diperoleh daripada sindiket dengan kebanyakan kes dikesan di Pulau Pinang.

“Sebanyak 10 kertas siasatan dibuka mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001 membabitkan nilai aset yang dibekukan berjumlah RM611,027 untuk siasatan lanjut.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 18, 2015 @ 9:13am
d