mutakhir

126 'abang besar' ditahan

Ampang: Seramai 126 konco dan ‘abang besar’ beberapa kumpulan kongsi gelap di negeri Selangor diberkas polis sejak Januari lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, sebahagian daripada 75 individu yang ditahan itu dikenakan tindakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) kerana bergiat aktif sebagai ahli kongsi gelap.

Menurutnya, polis Selangor memandang serius kewujudan kongsi gelap di negeri ini berikutan ia boleh mendatangkan kegusaran kepada orang awam dan langkah pencegahan dan pembanterasan kumpulan itu giat dilaksanakan.

“Saya akui kongsi gelap memang wujud di negeri ini namun masyarakat tidak perlu bimbang kerana ia masih dalam keadaan terkawal.

“Polis sentiasa bekerja keras dan bertindak melakukan pencegahan dan pembanterasan secara berterusan,” katanya selepas tamat Perhimpunan Bulanan ke-2 Ketua Polis Selangor di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di sini, semalam.

Sementara itu, Abdul Samah berkata, indeks jenayah di Selangor bagi bulan Januari tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 15.76 peratus iaitu 2,950 kes berbanding 3,502 kes pada tahun lalu.

Disiarkan pada: February 19, 2015 @ 5:18am
d