mutakhir

Simpan resit 7 tahun

Kuala Lumpur: Resit atau bukti pembayaran bagi perkara yang dituntut seperti pembelian komputer, buku dan peralatan sukan daripada lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu disimpan untuk tempoh tujuh tahun.

Pegawai Perhubungan Awam LHDN Masrun Maslim berkata, ia bagi memudahkan LHDN melakukan audit kepada sebarang tuntutan yang dibuat pembayar cukai.

“Jika ada keraguan pada borang cukai yang diproses, kami akan minta pembayar cukai berkaitan mengemukakan resit berkenaan sebagai bukti.

“Melalui resit dikemukakan, barulah kami boleh melakukan bayaran lebihan baki cukai dan jika sebaliknya, pembayar cukai akan diminta untuk membayar jumlah yang terkurang kepada LHDN,” katanya.

Menurut Masrun, masih ramai yang gagal menyimpan dokumen berkenaan menyebabkan pembayar cukai berdepan masalah apabila diaudit.

“Kami nasihatkan pembayar cukai supaya menyimpan dokumen berkenaan demi kebaikan mereka sendiri,” katanya.

Disiarkan pada: February 21, 2015 @ 5:18am
d