mutakhir

Ayam kampung hadiah cabutan bertuah

Kuala Nerus: Hadiah cabutan bertuah seekor ayam kampung dan daging ayam segar antara yang disediakan kerajaan negeri kepada mereka yang menyertai program Transformasi Terengganu Baharu (TTB) sebagai tanda protes berikutan kedegilan peniaga menurunkan harga, walaupun harga minyak turun.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kaedah menyediakan hadiah ayam kampung, daging ayam segar dan barangan keperluan lain lebih berfaedah kepada rakyat berikutan keengganan peniaga menurunkan harga selepas kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui selepas merasmi dan menyertai senamrobik TTB peringkat negeri di Dataran Permata, Seberang Takir, di sini, semalam.

Disiarkan pada: February 21, 2015 @ 5:22am
d