mutakhir

Tragedi raya

Kota Kinabalu: Kegembiraan seorang ahli perniagaan yang baru pulang meraikan Tahun Baru Cina di rumah keluarganya bertukar tragedi selepas Perodua Myvi dipandunya terbabas sebelum bertembung kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Taman Sri Kepayan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa, lelaki berusia 30an itu dalam perjalanan pulang bersendirian ke rumahnya di Penampang Bypass selepas dikatakan pulang meraikan Tahun Baru Cina di sekitar bandar raya ini.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan.

Kenderaan mangsa bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dalam perjalanan ke arah pusat bandar raya.

Difahamkan, akibat pertembungan kenderaan mangsa terbabas ke tepi jalan dan hampir terjatuh ke dalam longkang berhampiran.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.52 malam.

Disiarkan pada: February 22, 2015 @ 5:13am
d