mutakhir

Pertahan batik tradisional

Oleh Nazdy Harun

Kuala Terengganu: Kain batik amat sinonim dalam kehidupan kaum Hawa namun pembuatannya kebanyakan dimonopoli golongan lelaki berikutan perusahaannya memerlukan ketahanan fizikal.

Pengusaha, Mohd Shafie Mohd Ali, 43, berkata, bagi memenuhi permintaan, dia menggunakan khidmat sembilan pekerja di bengkelnya dengan kesemuanya lelaki.

Katanya, dia turut mengupah 15 individu yang bekerja di rumah masing-masing untuk mewarna.

“Sebanyak 250 helai kain batik mable atau batik pelangi mampu dihasilkan setiap hari bermula dari jam 8 pagi hingga 4 petang.

“Proses bermula dengan kain putih ditekap sebelum diconteng dan direndam di dalam warna sebelum direbus,” katanya ketika ditemui di bengkelnya di Jalan Kubang Buyung, Chabang Tiga, di sini.

Menurutnya, antara bahan mentah yang digunakan ialah kain putih, lilin putih, rosin, lilin terpakai, pewarna silicate dan soda ash bagi menghasilkan sehelai kain batik yang dijual pada harga RM20.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 23, 2015 @ 7:52am
d