mutakhir

Nyawa bawah pokok

Oleh Omar Osman

Sungai Petani : Seorang orang kurang upaya (OKU) bisu nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dihempap sebatang pokok kelapa sawit tua yang tumbang di tengah jalan dalam kejadian di Jalan Bedong-Merbok, Semiling, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.35 petang ketika mangsa, Mohd Sekri Bakar, 53, menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Keda, Singkir menuju ke arah Bedong.

Bagaimanapun, sebaik tiba di hadapan Balai Polis Semeling, secara tiba-tiba sebatang pokok kelapa sawit setinggi lebih tujuh meter tumbang lalu menghempap mangsa menyebabkannya terjatuh dan mengalami cedera parah di kepala serta patah bahu, manakala motosikal miliknya jenis Demak remuk teruk.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Mazlan, 30, berkata, sebelum kejadian dia mengekori di belakang mangsa dari Merbok sebelum melihat pokok kelapa sawit berkenaan tiba-tiba tumbang ke arah jalan lalu menimpa mangsa di depan balai polis berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 24, 2015 @ 8:32am
d