mutakhir

Acah aje...

Oleh Hadzlihady Hassan

Butterworth: Acah gengster. Itu yang berlaku terhadap seorang suspek memukul dua remaja dengan bata selepas mereka enggan menyertai kumpulan kongsi gelap, namun siasatan mendapati kejadian terbabit sebenarnya berpunca daripada masalah cinta.

Hasil siasatan lanjut, polis juga mendapati suspek sebenarnya langsung tidak menyertai mana-mana kumpulan kongsi gelap, malah ibu bapa suspek turut campur tangan dan meminta mangsa yang berusia 16 tahun menarik kembali laporan polis dibuatnya.

Menurut sumber, suspek yang berusia lingkungan 20-an sebenarnya berang dengan tindakan mangsa yang juga jirannya kerana mangsa dikatakan kerap menghantar kiriman mesej dan mengganggu teman wanitanya.

“Suspek kemudian bersama seorang lagi rakan cuba menggertak mangsa dan mendakwa dia ahli kumpulan kongsi gelap serta memberi amaran supaya remaja itu tidak menghubungi teman wanitanya selain turut memaksa mangsa menyertai mereka.

“Namun, mangsa yang ketika itu menunggang motosikal bersama rakannya enggan menyertai kumpulan kongsi gelap terbabit membuatkan mereka dipukul dengan bata,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 28, 2015 @ 5:24am
d