mutakhir

Nak bantu bisnes ibu

Oleh Nur Syazwana Mansor

Pendang: “Saya terharu dan gembira dengan sumbangan ini,” kata orang kurang upaya (OKU) Nursamawati Mahmud, 30, yang mengalami kecacatan apabila kaki dan tangannya mengerekot, sekali gus tidak mampu bergerak sejak berusia setahun.

Nursamawati berkata, dia gembira kerana sejak kisahnya dipaparkan dalam akhbar Harian Metro, banyak pihak memberi pelbagai maklum balas positif kepada dirinya sekali gus menjadikan ia sebagai motivasi untuk dirinya.

“Selama ini saya berasa kurang keyakinan dan malu untuk berdepan dengan masyarakat, namun sejak kisah saya dipaparkan di media, saya mulai sedar bahawa masyarakat menghargai insan seperti saya.

“Saya berhasrat untuk membantu mempromosikan perniagaan kecil ibu saya dilaman sosial. Walaupun saya tidak mampu membantu ibu dari aspek tenaga namun saya bertekad untuk membantu ibu melalui saluran ini (laman sosial),” katanya yang ditemui selepas menerima sumbangan daripada syarikat komunikasi, Clixster di rumahnya di Kampung Gelong Gajah, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 28, 2015 @ 5:25am
d