mutakhir

Kita ketiga terbaik

Oleh Shamran Sarahan

Sri Aman: Pengurusan sistem penjagaan kesihatan Malaysia diiktiraf ketiga terbaik di dunia selepas Perancis dan Uruguay berdasarkan laporan Indeks Persaraan Global 2014 yang dikeluarkan portal kesihatan antarabangsa, International Living.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan laporan itu turut menunjukkan penjagaan kesihatan awam di negara ini menawarkan kos perubatan terendah berbanding 24 negara lain yang disenaraikan dalam laporan itu.

Menurut beliau, subsidi kesihatan di negara ini mencecah sehingga 98 peratus bagi kos perubatan ditawarkan kepada setiap pesakit yang ditanggung kerajaan.

“Pesakit luar (hospital kerajaan) hanya perlu membuat bayaran serendah RM1, jika berjumpa pakar bayaran dikenakan cuma RM5 manakala pemeriksaan dan ubat-ubatan percuma (kecuali ubat-ubatan terkawal yang dikenakan bayaran minimum).

“Tidak ada sistem penjagaan kesihatan lain di dunia yang mengenakan bayaran sebegini rendah sebagaimana diberikan kerajaan Malaysia. Saya berani mengatakan sistem kesihatan kita yang terbaik di dunia,” katanya ketika berucap pada Majlis Peletakan Batu Asas Hospital Sri Aman di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 28, 2015 @ 5:35am
d