mutakhir

'Tiada lagi tempat untuk dia'

Kuala Lumpur: “Memang kami sudah tak ada apa-apa (hubungan cinta) lagi. Apabila saya dedahkan sudah putus, kami tak pernah sambung semula,” akui pelakon Emma Maembong mengenai status sebenar hubungannya dengan Zizan Razak susulan kontroversi kononnya pelawak itu menjalin hubungan dalam diam dengan wanita lain, baru-baru ini.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 23, berkata, dia terpaksa berdiam diri sebelum ini apabila dituduh kononnya berpura-pura bercinta semula atas sebab tertentu.

“Hakikatnya bila saya bercakap kepada Harian Metro hari itu, memang hati saya sudah bulat tak nak ada apa-apa lagi dengan dia.

“Bukan kata tak sayang, tapi sudah banyak peluang saya beri dan tak boleh teruskan sebab sudah lama saya memendam rasa. Tak perlulah saya ceritakan secara terperinci apa yang berlaku, tapi isu kereta Ferrari atau (Zizan) boros bukanlah sebab hubungan kami berakhir.

“Saya berdiam diri sebab tak mahu hal ini jadi lebih keruh dan memberikan persepsi buruk kepada saya pula sedangkan orang luar tak tahu cerita yang sebenar,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 28, 2015 @ 5:36am
d