mutakhir

Gangguan 500 panggilan miang

Oleh Mohd Ruzaini Zulkepli

Penampang: Akibat tidak tahan diganggu 500 panggilan miang dibuat lelaki hidung belang, sepasang suami isteri membuat laporan polis berikutan penyebaran gambar isterinya dalam iklan seks ditampal sekitar Kota Kinabalu dan daerah ini, kelmarin.

Penyebaran poster iklan khidmat seks berbayar yang tertera wajah isteri mangsa dimuat turun daripada akaun Facebook oleh si pelaku yang kemungkinan individu sama sejak tahun lalu, namun gangguan lebih kerap berlaku pada minggu ini.

Menurut wanita itu yang mahu dikenali sebagai Jellyn berusia 25 tahun, sejak seminggu lalu, mereka menerima 500 panggilan daripada individu tidak dikenali yang bertanyakan mengenai khidmat seks melalui aplikasi WhatsApp.

“Malah ada yang bertanyakan kepada suami sama ada dia bapa ayam dan bayaran dikenakan tetapi kami tidak layan kerana bimbang berlaku kejadian buruk,” katanya, semalam.

Katanya, insiden itu bukan kali pertama memandangkan sebelum ini ada individu yang memuat turun gambar isterinya dengan memaparkan tawaran khidmat seks hingga tersebar di serata daerah termasuk Penampang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 28, 2015 @ 5:41am
d