mutakhir

Ajal 2 bersaudara

Oleh Omar Osman dan Nur Syazwana Mansor

Gurun: Dua bersaudara maut manakala seorang wanita cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dan terbakar dalam kemalangan di Batu 8, Jentayu, Jalan Jeniang-Gurun, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mangsa, Mohd Fikri Abu Hashim, 22, dan bapa saudaranya, Mohd Isa Mat Hassan, 51, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Difahamkan, kereta Proton Wira Aeroback dipandu Mohd Fikri dalam perjalanan menghala ke Gurun sebelum bertembung dengan sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Triton dipandu Nur Syuhaida Mohd Kasim, 29, yang menghala ke arah Jeniang, di sini.

Kejadian dikatakan berpunca apabila kenderaan pacuan empat roda hilang kawalan akibat jalan licin menyebabkannya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu Mohd Fikri.

Akibat kejadian itu, Mohd Fikri dan bapa saudaranya, tersepit di bahagian hadapan dan mati di tempat kejadian manakala Nur Syuhaida hanya mengalami cedera ringan selepas diselamatkan orang ramai yang berjaya mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaannya sebelum terbakar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 28, 2015 @ 5:42am
d