mutakhir

Malaysia terbabit proses bina semula pesawat

Kampar: Proses membina semula pesawat MH17 berdasarkan serpihan ditemui dari tempat kejadian untuk mengenal pasti punca sebenar ia terhempas turut disertai Malaysia yang terbabit secara aktif dalam proses berkenaan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, proses membina semula pesawat itu penting untuk mengenal pasti sama ada ia ditembak oleh objek berkuasa tinggi dari udara ke udara ataupun dari daratan ke udara.

Katanya, Malaysia terbabit secara aktif dalam proses itu dengan menghantar pegawai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) serta jurutera Penerbangan Malaysia (MAS) ke Belanda untuk membantu membina semula pesawat berkenaan.

Menurutnya, selain itu, kerajaan Malaysia juga akan membantu mana-mana waris mangsa pesawat MH17 itu yang ingin ke Belanda untuk melihat sendiri bangkai pesawat berkenaan dan proses membina semula model pesawat itu.

“Kerajaan menyambut baik keputusan Lembaga Keselamatan Belanda (DBS) yang akan menjemput keluarga mangsa pesawat itu ke pangkalan Tentera Udara Diraja Belanda di Gilze-Rijen, kira-kira 45 kilometer dari Eindhoven, mulai 3 Mac untuk melihat sendiri sebahagian serpihan pesawat MH17 yang ditempatkan di situ.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: February 28, 2015 @ 5:43am
d