mutakhir

12 pendaki tersesat selamat

Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor

Rembau: Seramai 12 individu termasuk empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Bangi, Selangor yang tersesat ketika menuruni Gunung Datuk, di sini, berjaya diselamatkan pihak bomba, semalam.

Dalam pendakian kumpulan pertama, empat pelajar UNITEN termasuk seorang rakan berusia antara 20 dan 22 tahun mendaki pada jam 5.30 pagi sebelum dilaporkan sesat pada jam 8.58 pagi.

Jurucakap dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Rembau berkata, semua mangsa tiba di kawasan lapang iaitu 300 meter dari tapak kaki gunung pada jam 7 pagi.

Katanya, kelima-lima mereka gagal mencari arah ke puncak gunung menyebabkan berpatah balik, namun ketika menuruni bukit, mereka sekali lagi gagal mendapatkan arah.

“Bagaimanapun, pihak kami (bomba) berjaya menemui semua mereka pada jam 12.13 tengah hari sebelum dibawa ke kaki bukit pada jam 1.03 petang.

Mangsa, Amir Haziq Hazashah, 21 berkata, sebaik menyedari dia dan empat rakan sesat, dia menghubungi talian 999 bagi mendapatkan bantuan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 1, 2015 @ 5:22am
d