mutakhir

'Bukan strok haba'

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Mohd Hasbi Sidek

Shah Alam: Hospital Banting menafikan dakwaan kematian seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Banting, pagi kelmarin, akibat strok haba.

Pengarah Hospital Banting Dr Rozita Mohamed berkata, hasil bedah siasat mendapati pelajar lelaki berusia 17 tahun itu meninggal dunia berkemungkinan disebabkan penyakit lain bagaimanapun enggan mendedahkannya.

“Kematian pelajar terbabit bukan disebabkan strok haba berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima. Ia mungkin disebabkan penyakit lain yang dihidapinya.

“Secara umumnya, kematian pelajar terbabit disebabkan pendarahan di bahagian dalam otak namun saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenainya,” katanya, di sini, semalam.

Dr Rozita berkata, mayat pelajar terbabit sudah dituntut keluarganya untuk urusan pengebumian.

Kelmarin, pelajar tingkatan lima itu dikatakan rebah di tepi padang ketika menjalani latihan bola sepak bersama rakannya selepas mengadu sakit kepala dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 1, 2015 @ 5:22am
d