mutakhir

PERKESO ringan beban

Mersing: Penderitaan Norasizreen Husin, 27, yang lumpuh dan hilang ingatan selepas dua bulan koma akibat kemalangan jalan raya, mendapat perhatian Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang menyalurkan pelbagai bantuan.

Sumbangan berkenaan disampaikan Penghulu Mukim Tenglu, Mohd Adam Ahmad bersama Pegawai Eksekutif Unit Pemulihan PERKESO, Kamal Nasir di rumahnya di Kampung Benaug.

Menurutnya, barangan bantuan lain yang akan diterima wanita itu ialah tilam angin, katil dan wang pampasan cuti sebanyak
RM 1,744.66 bagi meringankan bebannya.

“PERKESO akan menghantar pegawai untuk lawatan rutin setiap bulan bagi mengikuti perkembangan Norasizreen yang kini terlantar di rumah,” katanya.

Dalam kejadian di Jalan Pantai Mersing Kanan-Air Papan pada jam 10.14 malam, 26 Oktober lalu, Norasizreen bersama adiknya, Nur Sahatuldiayah, 17, yang membonceng motosikal pulang dari tempat kerja terlanggar lembu yang melintas jalan.

Dia cedera parah di kepala dan disahkan doktor hilang upaya kekal 100 peratus dan lumpuh seluruh badan.

Bapanya, Husin Alias, 61, berkata, kejadian itu meragut masa depannya kerana kini menjadi orang kurang upaya (OKU).

Disiarkan pada: March 5, 2015 @ 9:25am
d