mutakhir

Maut hantar ibu ke hospital

Oleh Hadzlihady Hassan dan Mohd Hilmi Mahmud

Balik Pulau: Hasrat murni seorang lelaki menghantar ibunya menjalani pemeriksaan kencing manis dan darah tinggi di Hospital Balik Pulau (HBP), di sini, mengundang tragedi apabila dia maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Jalan Tun Sardon, di sini, semalam.

Dalam kemalangan jam 12 tengah hari itu, mangsa, Khairul Syakirin Jamaludin, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibunya, Norliah Jirin, 63, dan anak lelakinya yang berusia lima tahun, Adam Rayyan parah serta dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang.

Ketika kejadian, Khairul Syakirin yang bekerja sebagai pengurus bahagian makanan mentah di sebuah pasar raya memandu Proton Wira Aeroback dalam perjalanan dari rumahnya di Bayan Lepas menghala ke Balik Pulau.

Namun, ketika melalui jalan berbukit dan berselekoh itu, sebuah Proton Exora dipandu seorang lelaki dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan bertembung dengan kereta mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 6, 2015 @ 8:02am
d