mutakhir

Tenang berhijab

Kuala Lumpur : “Tak tahu nak gambarkan perasaan sekarang. Yang pasti saya rasa sangat tenang dan seronok dengan perubahan ini,” kata pelakon Rozita Che Wan mengesahkan dirinya kini berhijab penuh sebaik pulang daripada menunaikan umrah, semalam.

Rozita atau nama penuhnya Rozita Abu Bakar @ Che Wan, 44, berkata, keinginan bertudung semakin memuncak sejurus dia dan suaminya, pelakon Zain Saidin tiba di Makkah, minggu lalu.

“Saya memang sudah lama tanam niat (untuk berhijab) cuma sebelum ini mungkin hati tak dibuka sepenuhnya lagi. Urusan berhijab bukan benda main-main dan perlu ambil serius setiap aspek. Persediaan diri kena diambil kira sebab saya seorang selebriti.

“Apabila saya bersedia, saya cuba-cuba pakai pada sambutan hari lahir Zain ke-31, minggu lalu dan selepas itu kami menunaikan umrah. Sejak itu, saya semakin selesa dan yakin. Alhamdulillah saya bersyukur sebab diberikan hidayah ini,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 6, 2015 @ 9:05am
d