mutakhir

Tragedi silih berganti

Banting: “Kalau nak ikutkan hati, siapa tak sedih apabila hilang dua insan yang paling disayangi dalam tempoh setahun, tetapi kami perlu terima ketentuan yang sudah tertulis,” kata Izhar Yusop, 27.

Izhar adik kepada Muzi Yusop, 50, salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Ketika ditemui dia masih lagi dalam keadaan terkejut apabila bukan saja terpaksa berdepan dengan kehilangan abang, malah bapanya Yusop Tahir dijemput Ilahi pada 21 Februari lalu.

Menurutnya, bapanya Yusop, 76, meninggal dunia ketika mereka sekeluarga masih lagi menantikan berita mengenai abangnya yang sehingga kini tiada khabar terbaru.

“Tidak dapat digambarkan perasaan ketika ini. Mak saya (Saemah Sidik, 70) masih lagi bersedih dengan kehilangan ayah dan tidak mahu emosinya terus terganggu,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarga itu di Jenjarom, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 6, 2015 @ 9:12am
d