mutakhir

Mati kebuluran

Oleh Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Kanak-kanak malang berusia tiga tahun yang meninggal dunia ketika dalam jagaan pengasuhnya di sebuah rumah di Klebang Jaya, Chemor, di sini, Nor Saraniya Abdullah disahkan akibat kebuluran dan kurang zat makanan.

Lebih menyayat hati, tubuh mangsa turut mempunyai pelbagai kesan penderaan dipercayai dipukul dengan objek seperti kayu, besi serta penyangkut baju.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit meninggal dunia pada petang Selasa lalu di kediaman pengasuhnya.

Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 4.35 petang daripada Klinik Kesihatan Chemor yang memaklumkan seorang budak perempuan terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan sudah meninggal dunia.

“Susulan itu, polis pergi ke tempat kejadian dan mayat mangsa dijumpai di rumah teres dua tingkat yang diduduki satu keluarga yang menyewa rumah berkenaan atas nama seorang wanita berusia 30 tahun, namun dia tidak menetap di rumah itu, sebaliknya tinggal di Taman Harum, Langkap, di sini.

“Adik penyewa berusia 26 tahun yang menjaga kanak-kanak terbabit sejak kira-kira dua bulan lalu dan ibu mangsa kawan baik kepada keluarga berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 6, 2015 @ 9:18am
d