mutakhir

Anggota polis direman

Ipoh: Seorang anggota polis direman lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan selepas disyaki terbabit dalam kes sekumpulan lima lelaki menyerang sebuah rumah dan menetak tiga sekeluarga termasuk seorang wanita yang kakinya hampir putus di Taman Maju Rapat, awal pagi kelmarin.

Mahkamah Majistret menerusi Pendaftar Mahkamah Ng Geok Kee membenarkan permohonan polis untuk mereman suspek berusia 20-an dan berpangkat koperal untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa seorang lelaki, 47, anak lelakinya, 17, serta anak perempuan, 20, mengalami kecederaan parah akibat diserang kumpulan terbabit.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 4.40 pagi dan sepasukan anggota polis bergegas ke rumah mangsa sebelum mendapati tiga mangsa membabitkan dua lelaki dan seorang wanita cedera parah.

Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, untuk menerima rawatan dan polis berjaya menahan seorang daripada suspek beberapa jam selepas kejadian itu.

Disiarkan pada: March 7, 2015 @ 5:28am
d