mutakhir

Lupa nak kahwin

Oleh Muhammad Shalaby Shahbuddin dan Wan Azrin Syahirah Mior Zulkifli

Bukit Mertajam: Usianya sudah 71 tahun, namun masih bujang gara-gara terlalu sibuk dengan urusan kerja hingga mengabaikan soal berumah tangga.

Itu kisah hidup Lee Ah Bah yang juga penghuni Rumah Sejahtera di Permatang Tinggi, di sini.

Lee menjadi penghuni Rumah Sejantera itu sejak lapan tahun lalu kerana tidak mempunyai anak dan isteri untuk menjaga keperluannya selain tidak mahu membebankan adik-beradiknya yang lain.

Katanya, pada usia muda, dia bekerja sebagai tukang paip, namun kerana sibuk dengan urusan mencari wang, dia langsung tidak memikirkan soal jodoh atau mendirikan rumah tangga seperti rakannya.

“Saya dulunya terlalu komited dengan pekerjaan dan urusan mencari wang didahulukan serta tidak pernah memikirkan mengenai hal pada hari tua atau siapa akan menjaga diri saya jika sudah uzur.

“Namun, saya bersyukur Rumah Sejantera ini menjadi tempat saya berlindung. Saya dan rakan seusia lain gembira tinggal di sini kerana kami berkongsi kisah hidup masing-masing untuk mengisi masa terluang,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 9, 2015 @ 7:34am
d