mutakhir

Bapa muda tendang bayi

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Seorang lelaki bukan sahaja menumbuk muka teman wanitanya yang baru habis berpantang malah turut menendang kepala bayi lelaki mangsa berusia 46 hari.

Dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin, suspek dikatakan berang selepas disuruh membeli ubat dalam kejadian di Kampung Padang Air, Gong Badak, di sini.

Tindakan kejam suspek berusia 20 tahun itu menyebabkan bayi malang itu bengkak di kepala dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Serangan itu menyebabkan ibu bayi terbabit berusia 18 tahun bengkak di pipi.

Sumber berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang berehat di rumahnya sebelum didatangi teman lelakinya.

Katanya, suspek yang tidak bekerja itu dipercayai datang ke rumah berkenaan untuk menjenguk teman wanita dan bayinya itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 9, 2015 @ 8:08am
d