mutakhir

Raungan pilu di dalam api

Oleh Abd Rahman Adam

Miri: “Tidak sampai hati saya melihatnya, apatah lagi ketika dia (mangsa) meraung meminta tolong. Saya bersama suami tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tersepit,” kata seorang wanita dikenali sebagai Suzie, 30-an, yang menyaksikan kemalangan maut membabitkan seorang lelaki apabila keretanya terbakar di Jalan Miri Bypass, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, mangsa, Alen Benter Jurip, 25, menemui ajal akibat terperangkap dalam kereta yang terbakar selepas bertembung kenderaan pacuan empat roda manakala tiga lagi ahli keluarga mangsa termasuk ibunya berusia 40-an dalam kereta itu cedera.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda Isuzu Dmax dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun bersama dua rakan cuba memotong kenderaan lain lalu bertembung kereta Proton Exora dinaiki mangsa.

Suzie berkata, ketika kejadian, dia yang menaiki kenderaan bersama suaminya kebetulan berada tidak jauh dari kenderaan mangsa segera memberi bantuan kecemasan.

“Selepas perlanggaran, kereta itu terbabas memasuki longkang sebelum api mula kelihatan daripada bahagian enjin. Suami saya memberhentikan kenderaan dan memberikan bantuan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 10, 2015 @ 8:02am
d