mutakhir

'Saya terkejut dicalon parti'

Ahmad Fathan, 42, berkata, dia hanya dimaklumkan oleh parti berhubung perkara itu pada Rabu lalu sebelum namanya diumumkan secara rasmi malam kelmarin.

“Sebelum itu, saya sudah mendengar khabar angin mengatakan saya terpilih, namun tidak mendapat maklumat rasmi sehinggalah pada Rabu lalu.

“Walaupun terkejut, saya sentiasa bersedia menggalas tanggungjawab sebagai calon di DUN Chempaka kerana ia tugas yang diamanahkan parti kepada saya, jadi harus saya jalankan sebaik mungkin,” katanya.

Kelmarin, PAS mengumumkan Ahmad Fathan yang juga Imam Tua Mukim Baung Besar sebagai calon bertanding dalam PRK DUN Chempaka pada 22 Mac ini.

Pengumuman dibuat Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.

Disiarkan pada: March 10, 2015 @ 8:22am
d