mutakhir

Perjalanan terakhir

Oleh Rosliza Mohamed

Kota Bharu: Selepas empat tahun berulang alik dari Machang ke Pengkalan Chepa yang jaraknya lebih 30 kilometer, semalam adalah perjalanan terakhir buat seorang anggota polis apabila dia maut dalam kemalangan di Batu 8 Kadok, Jalan Kuala Krai dekat Ketereh.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, motosikal ditunggang Koperal Abdullah Ishak, 58, terbabit kemalangan dengan motosikal ditunggang Muhammad Shahiran Jamri, 22, menyebabkan dia parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Muhammad Shahiran yang turut parah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Menurut anak Abdullah, Norshafira, 26, ayahnya sudah empat tahun bertugas di Balai Polis Pengkalan Chepa, di sini dan berulang alik ke tempat kerjanya dari rumah mereka di Kampung Bukit Bakar, Machang.

“Abah memang biasa menunggang motosikal. Sudah empat tahun dia bertugas di Balai Polis Pengkalan Chepa dan biasa berulang alik dari rumah, memandangkan sebelum ini bertugas di Machang.

“Dia juga bakal bersara Disember ini. Kami tak sangka jalan biasa dilaluinya membawa kepada insiden ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 12, 2015 @ 9:51am
d