mutakhir

Tapis pemegang kad UNHCR

Oleh Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Malaysia menyarankan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) supaya melakukan penelitian semula terhadap status kad pelarian pertubuhan itu memandangkan terdapat individu yang tidak menepati syarat sebagai pelarian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, pihaknya mendapati kes yang dihadapi pemilik kad itu tidak lagi mempunyai kelayakan sebagai pelarian apabila mereka adalah migran ekonomi.

“Penelitian semula itu sangat penting bagi menapis mana-mana individu yang tidak lagi layak sebagai pemegang kad UNHCR sekali gus mengelakkan sebarang eksploitasi kad itu pada masa depan.

“Kita juga menggesa UNHCR supaya mempercepatkan proses penghantaran pulang serta penempatan pelarian khususnya dari Myanmar yang berada di negara ini,” katanya.

Shahidan berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Kota Raja (PAS) Dr Siti Mariah Mahmud berhubung jumlah pelarian berdaftar dengan UNHCR dan hak serta perlindungan terhadap mereka ketika berada di negara ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 13, 2015 @ 9:05am
d