mutakhir

'Bukit asmara'

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Nabihah Kamal

Kajang: Sepasang remaja tergamak menjadikan kawasan berbukit di belakang rumah mereka di Saujana Impian, di sini, sebagai ‘port’ melakukan hubungan seks.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, remaja perempuan berusia 14 tahun dan pasangannya berusia 16 tahun itu melakukan perbuatan itu lebih 10 kali tanpa pengetahuan ahli keluarga mereka.

Menurutnya, pasangan itu yang tinggal berjiran menjadikan kawasan berbukit di belakang kediaman mereka sejak beberapa bulan lalu sebagai tempat melakukan hubungan seks.

“Bagaimanapun perbuatan mereka terbongkar pada 4 Mac lalu apabila ibu remaja perempuan terbabit mengetahui perbuatan anaknya sebelum berjumpa jirannya untuk mendapatkan kepastian mengenal hal anak mereka,” katanya.

Abdul Ghani berkata, keluarga remaja terbabit tampil membuat laporan polis sebelum polis ke rumah remaja lelaki itu dan menahannya jam 5 petang.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas dakwaan merogol,” katanya.

Disiarkan pada: March 14, 2015 @ 5:27am
d